Kenapa Blogspot atau blogger.com

Posted
  • by
  • Perantau Senja
  • in
  • category: ,


  • Kenapa memilih platform blogspot sebagai blog?
    hahah..Kesian seorang teman yang meminta saya untuk mempromosikan blogspot,Kepada kipas susah mati blogspot jangan mudah mengalah atau bersedih jika anda disindir oleh pengguna wordpress! heheh

    Jika anda pernah mendengar sebelum ini kelebihan kelebihan wordpress,hari ini saya ingin menyatakan apa pula kelebihan kelebihan blogspot.

    1.unlimited bandwidth!
    Apa itu bandwidth?
    Secara umumnya bandwidth boleh ditafsirkan sebagai keupayaan laman web anda menyedia dan menghantar data. Sekiranya laman web anda mengandungi data yang mempunyai jumlah jumlah data yang banyak atau bersaiz besar, maka laman web anda memerlukan lebih banyak bandwidth untuk menghantar atau menerima data tersebut. Dalam bahasa mudah, kita boleh metaforakan sebagai berikut. Semakin lebar jalan (bandwidth) yang tersedia, maka lebih banyak kenderaan (data) dan juga semakin besar saiz kenderaan (saiz data) yang boleh melalui jalan tersebut pada satu-satu masa, bahkan kenderaan tersebut boleh melalui dengan cepat (data dihantar dengan pantas). Manakala begitu jugalah sebaliknya jika bandwidth anda kecil, maka kesemua keupayaan berikut semakin kecil.

    Jadi sekarang anda tidak perlu memikirkan masaalah diatas ^_^

    2. Free Hosting!
    Ya! sememangnya blogspot/blogger.com adalah blog percuma dan kelebihannya anda boleh menukar url atau domain blog anda kepada nama yang tersendiri berbanding wordprees,anda mesti membeli atau install wordpress anda di mana mana syarikat hosting, kesimpulannya jika anda mengunakan blogspot,anda hanya perlu membeli domain name,berbeza pula dengan wordpress, anda perlu membeli hosting + Domain name dan ianya sudah tentu lebih JIMAT!

    Walaupun ianya percuma! mungkin dulu blogspot mempunyai sedikit masalah iaitu mem- ban blog anda tanpa sebarang sebab,tetapi sekarang blogger.com sudah menaik taraf dan tidak perlu memikir masaalah itu selagi tidak melanggar terma dan syarat yang ditetapkan.

    3. SEO yang tinggi di engin carian google.
    Oleh kerana blogspot adalah milik google,maka ianya mempunya kelebihan tersendiri dan lebih seo friendly pada carian engin google. (google search engine) secara ringkasnya seo bermaksud "KATA KUNCI"

    4.Javascript VS Plugins
    Jika wordprees tersedia dengan Plugins untuk menambah atau gadget pada sesebuah blog,berlainan pula dengan blogspot, blogspt hanya perlu menambah javascript dan sudah tentu menjadikan blog anda lebih selamat dari ancaman penggodam! seperti yang kita maklum, jika sesebuah plugins yang digunakan tidak bermutu,ianya terdedah kepada ancaman serangan penggodam

    5. Template
    Untuk template blogspot sangat mudah didapati dan senang diuruskan,dan apa yang terbaik ialah pengguna blogspot boleh mengguna template wordpress dan wordpress? sebaliknya.. heheheh ^_^

    dan banyak lagi kelebihan blogspot.. sila tinggalkan komen anda dibawah wahai bloggers bloggers.. huhu
    ps/ Gilerhackers.net pun pakai blogspot jugak .. wakakakak

     
    Copyright (c) 2010 Psenja.Com by Perantau Senja
    I work for : GilerMedia, Ask Me Here : Ask.fm/perantausenja